top of page

Kembara Budaya Serumpun

KENALI BUMI BUDAYA

INDONESIA mempunyai permata dan berlian yang bernilai jika pandai mencarinya dalam kilaun kaca yang bertaburan. Zahirnya ia adalah negara yang mempunyai lebih 1000 pulau dengan lebih 500 etnik memakmurkan buminya. Hayat Go Holiday ingin membawa anda menyusuri denai kembara rohani yang tidak dilalui dan dirintis oleh kebanyakan pengunjung bumi indonesia ini.

.

Bandung adalah lokasi pertama dalam Kembara Rohani di tanah seberang. Kembara yang bukan sahaja mengenali bangsa Sunda yang kaya dengan budi bahasa dan tata karmanya, bangsa yang suka memakan daun-daunan (ulam), jua bangsa yang kuat berpegang dengan agama Islam yang mulia.

.

Dibalik gunung dan denai kampung, terdapat kiyai dan guru agama yang gigih mendirikan pesantren (pondok agama) dengan kudrat yang terbatas. Namun cintanya kepada Allah dan dalam menghidupkan majlis Rasulullah SAW, tidak menghalang mereka untuk berusaha mencapai redha Allah jua.

.

Kembara Rohani @ Jawa Barat ini akan menjelajah ke jajaran Puncak, Bogor, Sukabumi, Ciawi, Ciamis, Tasek Malaya dan sebagainya. Dalam kembara ini, bukan sahaja mata kita dijamu dengan pemandangan hijau yang masih segar, tekak kita dijamu dengan masakan bebek dan nasik uduk yang popular, namun hati kita juga dijamu dengan tausiyah dan tazkirah ringkas tapi mendalam oleh para kiyai pilihan. Sentuhan jiwa kearah melahirkan cinta pada Sang Pencipta. Sentuhan hati agar ingat akan perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat serta salafussaleh dalam menyebarkan dakwah hingga sampai ke daerah nusantara ini.

.

Kembara Bandung ini bukan kembara biasa. Ia adalah KEMBARA ROHANI.

~ Tentatif Program ~

TENTATIF PROGRAM @ KEMBARA ROHANI BANDUNG 

HARI PERTAMA

  • Sampai airport Bandara Husein Sadteranegara.

  • Mengelilingi Bandar Bandung.

  • Makan tengahari.

  • Check in hotel.

  • Acara bebas.

  • Urut tradisional bersama Pak Asep (optional). Pakar saraf dari Ciamis (Rupiah Indonesia 100,000 sejam)

 

HARI KEDUA

  • Sarapan pagi.

  • Menuju ke Pesantren pertama.

  • Makan tengahari dalam perjalanan atau di Pesantren.

  • Solat Z ohor/Asar di Pesantren.

  • Sesi suai kenal dengan pak kiyai.

  • Melawat pesantren.

  • Solat maghrib berjemaah.

  • Tazkirah/tausiyah dari pak kiyai.

  • Majlis ijazah zikir/selawat.

  • Makan malam dari pesantren.

  • Acara bebas.

  • Urut tradisional bersama Pak Asep (optional). Pakar saraf dari Ciamis (Rupiah Indonesia 100,000 sejam)

 

HARI KETIGA

  • Solat subuh berjemaah.

  • Tazkirah pak kiyai.

  • Sarapan.

  • Bergerak ke Pesantren Kedua.

  • Makan tengahari dalam perjalanan/pesantren.

  • Solat Zohor/Asar.

  • Sesi suai kenal dengan pak kiyai.

  • Melawat pesantren.

  • Solat maghrib berjemaah.

  • Tazkirah/tausiyah dari pak kiyai.

  • Majlis ijazah zikir/selawat.

  • Makan malam dari pesantren.

  • Urut tradisional bersama Pak Asep (optional). Pakar saraf dari Ciamis (Rupiah Indonesia 100,000 sejam)

 

HARI KEEEMPAT

  • Solat subuh berjemaah.

  • Tazkirah pak kiyai.

  • Sarapan.

  • Bergerak ke Bandar Bandung.

  • Makan tengahari dlm perjalanan.

  • Solat Zohor/Asar.

  • Acara membeli belah.

  • Acara bebas.

  • Urut tradisional bersama Pak Asep (optional). Pakar saraf dari Ciamis (Rupiah Indonesia 100,000 sejam)

 

HARI KELIMA

  • Sarapan.

  • Acara bebas.

  • Bertolak ke airport.

  • Pulang ke Malaysia.

Nilai Pengalaman Berharga ini

Hanya RM7200.00 (4 orang)

Harga tidak termasuk tiket pergi balik dan tax lapangan terbang.

* Pihak syarikat berhak mengubah tarikh, jenis penerbangan, hotel dan harga jika keadaan memerlukan tanpa notis. Bagaimanapun pihak syarikat sedaya upaya adalah mengekalkan spesifikasi pakej yang dinyatakan dalam laman web ini.

Jom Melancong Bersama Kami

UMRAH

Kembara Sentuhan Kalbu

CHINA

Kembara Laluan Sutera

EROPAH

Kembara Antara Benua

KEMBOJA

Kembara Harmoni Ukhuwwah

- masih dalam pembinaan -

INDONESIA

Kembara Budaya Serumpun

AKAN DATANG

Akan Datang

bottom of page