Nearby Attractions @ Bangi
Hayat Homestay @ EVO ini terletak diatas sebuah mall terbesar di Bandar Baru Bangi. Dengan kedudukannya di Pusat Bandar Bangi menjadikan Hayat Homestay sebagai pilihan ramai untuk mengunjungi lokasi pilihan seperti Butik dan Pusat jualan fesyen terkenal Bangi Sentral.

Bangi Sentral
Menjadi kegilaan orang ramai terutama perempuan untuk mendapatkan pakaian dengan jenama-jenama terkenal keluaran artis tempatan dan luar negara. Pelbagai tawaran dan diskaun sempena perayaan menjadikan Hayat Homestay menjadi penginapan pilihan dikala ini.
Deretan kedai makan dengan 1001 citarasa juga ada dalam jarak berjalan kaki sahaja dari Hayat Homestay. Citararasa masakan melayu, cina, india, arab, indonesia terdapat disetiap penjuru dan deretan bangunan kedai.
Abdullah Chan, Line Clear, Satey Hj. Samuri, Mok Su Nab, Foreign Kitchen, Menate antara restoran yang boleh anda kunjungi apabila menginap di Hayat Homestay.

Food Truck & Gerai Buah
Jika anda mahukan buah-buahan segar seperti rambutan, durian, nangka dan lain-lain, anda hanya perlu memandu sejauh 1KM dari Hayat Homestay menuju ke bulatan fasa 4 tambahan. Ditepi jalan terdapat pelbagai gerai jualan buah dengan pelbagai pilihan. Pastinya anda kena pandai tawar menawar harga dan memilih buah yang berkualiti.
Bermula 5 petang, "Food Truck" akan mula beroperasi dihadapan tapak letak kereta PKNS. Anda hanya perlu berjalan kaki sekitar 100 meter untuk kesana. Ia akan berlangsung sehingga jam 2 pagi.
Jangan lupa juga meninjau Kompleks PKNS. Terdapat pelbagai jualan yang menarik ditingkat atas selain jualan murah diruang legar.
Owh ye! Dibawah tu ada Satey Hj. Samuri dan juga KFC. Bagi peminat Mcdonald, anda hanya perlu ke depan sedikit shj lagi untuk ke Mcdonald.
Rekreasi
Tasik Chempaka antara kawasan yang terdekat untuk anda berekreasi bersama keluarga secara semulajadi. Terdapat sebuah tasik besar dengan padang permainan untuk kanak-kanak.
Terdapat banyak wakaf dan payung buatan untuk anda berteduh dan menikmati juadah yang dibawa.
Tidak jauh dari situ terdapat sebuah kedai bawah MPKJ yang menjual laksa yang sangat sedap. Terletak bersebelahan dengan Pusat Sumber Hulu Langat dan berhadapan dengan Pejabat Tanah dan Galian Hulu Langat.

Hub Pendidikan
Bangi juga terkenal sebagai hub pendidikan di Selangor. Disini terdapat Universiti Kebangsaan Malaysia, UNITEN, GMI, Kolej Yayasan MARA, Kolej Universiti Islam Selangor dan lain-lain.


Strategik
Kedudukan Hayat Homestay di Bandar Baru Bangi ini memudahlan urusan anda di Pusat Pentadbiran Putrajaya. Hanya memandu sekitar 10 minit, anda telah memasuki kawasan Putrajaya.
Selain itu, ia juga dekat dengan Serdang yang terdapat Universiti Putra Malaysia selain Kuala Lumpur juga yang tidak terlalu jauh dari Bangi.
Bagi yang ingin menggunakan pengangkutan udara, hanya 40km sahaja jaraknya Hayat Homestay ke terminal airport KLIA1 dan KLIA2.
Nearby Attractions @ Cyberjaya
Multimedia University (MMU)
Kedudukan Hayat Homestay hanya 500 meter dari MMU ini menjadikan ia adalah penempatan pilihan bagi pelajar dan juga ibu bapa ketika melawat anak mereka.
D'Pulze (Shooping Mall)
Kedudukan Hayat Homestay hanya 1 kilometer dari pusat membeli belah terbesar di Cyberjaya ini memudahkan anda untuk membeli keperluan sementara anda menginap disini.